ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Thursday 13 December 2012

Adawaatul Fasl - Nowseeheart


Adawaat Istifhaam - NOWSEEHEART


Saranan Berinfaq


Berinfaq tidak hanya terbatas pada harta saja, tetapi segaia kelebihan yang ada pada diri kita. Baik berupa kekuatan, kemahiran atau tenaga Semua itu adalah pemberian Allah S.W.T kepada setiap manusia. Oleh kerana itu, sebagai seorang Muslim hendaknya kita menggunakan potensi yang berharga ini untuk meraih dan mengejar janji Allah dan keampunan-Nya yang besar yang berupa syurga dan segala kenikmatan-Nya. Allah Taala telah berfirman di dalam Al-Qur'an :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan untuk orang-orang yang bertaqwa...". (Surah Ar-Ra'du : 35)

Bagi mereka yang mempunyai kelebihan harta, hendaklah harta itu disalurkan dan diinfaqkan kepada yang berhak menerimanya (mustahiq). Dengan niat yang bersih dan kelurusan sikap dalam membelanjakannya di jalan Allah maka akan terasa ni'matnya berinfaq. Kalau kita perhatikan dermawanannya Rasulullah S.A.W dalam berinfaq, tak ada yang dapat menandinginya. Sebaik sahaja masuk bulan Ramadhan, baginda lebih gemar lagi membelanjakan hartanya untuk infaq. Sehingga tak hairanlah, kalau peribadi seperti baginda digelar sebagai orang yang paling dermawan, baik dalam keadaan lapang mahupun dalam keadaan yang sempit. Demikianlah Rasulullah S.A.W mencontohkan tauladan buat para sahabatnya tentang masalah infaq mengingat begitu pentingnya membelanjakan harta di jalan Allah (Fii Sabilillah).

Cuba lihat di ayat yang lain, Allah Taala telah memerintahkan kepada kita tidak bersifat bakhil. Manakala harta kekayaan kita melimpah ruah, kerana sikap bakhil itu tak akan mendatangkan keuntungan justeru sebaliknya. Sebagaimana firman Allah Taala :

"Ingatlah, kamu adalah orang yang diseru untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah, maka diantara kamu ada yang bakhil, dan siapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah lah Yang Maha Kaya, sedangkan kamulah orang-orang yang mengharapkan-Nya" 
(Surah Muhammad : 38)

Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”.
(Surah Al-Baqarah: 261)

KEBAIKAN MENDERMA
i. Dapat menyucikan harta yang ada. 
ii. Dapat membantu golongan fakir miskin. 
iii. Mewujudkan rasa kasih sayang. 
iv. Menjadikan harta lebih diberkati dan diperluaskan lagi rezeki.

KEMULIAAN ORANG YANG MENDERMA:
i. Menjadi penaung di akhirat apabila berada di Padang Mahsyar. 
ii. Diringankan hisab di akhirat. 
iii. Menambah berat timbangan amalan kebaikan di akhirat. 
iv. Memudahkan laluan di Titian Siratul Mustaqim.

Menderma dalam konsep Islam bukan sekadar membantu golongan miskin dan mereka yang ditimpa musibah, malahan juga boleh dibuat melalui pembiayaan pembinaan rumah anak-anak yatim, golongan orang kurang upaya dan warga emas. Menderma juga boleh diertikan dengan menyediakan peralatan seperti makanan, pakaian, perabot dan lain-lain peralatan yang bersesuaian bagi golongan tersebut.

Tuesday 15 May 2012

Portfolio Lujnah Kebajikan


LAJNAH KEBAJIKAN
MOHD MUSTAQIM BIN IBRAHIM

TIMBALAN LAJNAH KEBAJIKAN
SITI NOOR ADHA BINTI BAKAR


1. Menitikberatkan hal ehwal kebajikan mahasiswa Bahasa Arab INSANIAH. 

2. Peka dengan masalah - masalah yang berkaitan dengan kebajikan mereka. 

3. Merancang program - program yang dapat membantu mahasiswa Bahasa Arab terutama dari sudut kebajikan dan keperluan mereka. 

4. Bertindak ke atas kes-kes kecemasan dan arahan semasa. 

5. Mewujudkan tabung bantuan khas sebagai bantuan kewangan kepada mahasiswa. 

6. Berperanan dalam menjalankan aktiviti yang memberi kesedaran terhadap kebajikan mahasiswa bahasa Arab. 

7. Mengumpul aduan, masalah pada setiap minggu dan membantu menyelesaikannya.

8. Menganalisis segala aduan dan masalah dikalangan mahasiswa Bahasa Arab.

9. Penghubung bagi mahasiswa/mahasiswi Kulliyyah Bahasa Arab dengan pentadbiran dan pejabat HEP.

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH